NUR SYAFIQAH ATIKAH BINTI MOHD ISHAK 195920
1. Teks Asal: When someone is angry at you, just smile and ask for forgiveness.
Terjemahan Melayu: Jika anda dimarahi oleh seseorang, tersenyumlah dan meminta maaf
Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga saya)
Ibu memegang tangan Alim lalu diusapnya. Alim terdiam seketika. Alim memandang ke arah ibu dan tersenyum.
"Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu tolong!," kata ibu sambil mengambil penyapu dan memegang batang penyapu bersama Alim. "Begini, perlahan-lahan ya!" bisik ibu perlahan.
2. When you are at the lowest point in your life, just remind yourself
that it will go away soon. Time
heals.
Terjemahan
Melayu: Apabila berada dalam keadaan yang paling sukar dalam kehidupan,
sentiasa mengingatkan diri bahawa kesukaran itu akan hilang jua. Masa akan
menyembuhkannya.
Bukti: Cerita Sosial 5
(Jiran)
Pada suatu hari, Alim
jatuh sakit. Badannya panas dan Alim tidak bermaya. Alim mudah jatuh sakit dan
alim tidak pernah merungut. Bapa dan ibu membawa Alim ke klinik berhampiran.
Doktor memberikan ubat supaya alim cepat sembuh. Apabila sakit, Alim tidak akan
bercakap.alim akan tidur di bilik. Alim tidak akan membaca buku cerita lagi.
Abang, kakak dan adik sedih melihat keadaan Alim.mereka menemani Alim di bilik,
mereka cuba bercerita dengan alim tetapi Alim tetap mendiamkan diri. Mata
Alimterbuka tetapi Alim tetap kaku.
“Kenapa dengan abang, ibu?”ujar
adik perempuan Alim sambil menangis.
“Abang tidak sihat,
adik,” jawab ibu sambil memujuk adik perempuan Alim.
Abang dan kakak sedih
melihat Alim dan adik perempuan mereka. Mereka juga menangis. Mereka semua
berdoa supaya alim cepat sembuh. Selang beberapa minggu, Alim pun sihat. Semua
ahli keluarga gembira. Alim sudah mula membaca buku cerita bersama abag, kakak
dan adik perempuan.
3. Teks Asal: Always be kind to others.
Terjemahan Melayu: Sentiasa berkelakuan baik terhadap orang lain.
Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)
"Ibu, boleh kita beri Sulaiman sedikit buah-buahan ini?," tanya Alim kepada ibunya." Ibu dan bapa selalu berpesan berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik", sambung Alim lagi.
4. Teks Asal: Love and care for yourself first before you tend to love
and care for others
Terjemahan Melayu: Cintai dan sayangi diri terlebih dahulu sebelum mencintai dan menyayangi orang lain.
Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
Setiap hari, Alim cuba memahamai kerja seharian di rumah. Alim belajar untuk bersabar dan rajin
bekerja. Alim belajar untuk menolong ibu dan bapa. Alim belajar untuk menolong adik perempuan di
rumah.
5. Teks Asal: Say nice things, say good things and you will find happiness in life.
Terjemahan Melayu: Katakan perkara yang baik, katakan perkara yang mendatangkan faedah dan pastinya akan memperoleh kebahagiaan dalam hidup.
Bukti: Cerita Sosial 2 ( Saya yang Istimewa)
“Baik sungguh anak ibu. Bagus Alim. Alim ingat pesan ibu dan bapa,” kata ibu sambil mengasingkan buah-buahan ke dalam plastik merah.
6. Teks asal: I will not judge you.
I am just a normal person.
Teks
terjemahan: Saya tidak akan mengadili awak. Saya hanya manusia biasa.
Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga
Saya)
“Alim,mari ibu
tolong!,” seru ibu dari dapur. Ibu terus berjalan ke arah Alim. Alim resah dan
berjalan ke hulu dan ke hilir.
“Saya takmahu
buat, ibu,”kata Alim sambil menggaru-garu kepalanya.
Ibu memegang
tangan Alim lalu diusapnya. Alim terdiam seketika. Alim memandang ke arah ibu
dan tersenyum.
“Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu
tolong!,” kata ibu sambil mengambil penyapu dan memegang batang penyapu bersama
Alim.”Begini, perlahan-lahanya!,” bisik ibu perlahan.
Alim tersengih
dan cuba menyapu sampah.Akhirnya,dia berjaya menghabiskan kerjanya.
7. Teks asal: To me, you are the
most precious person in the world.
Teks
terjemahan: Pada saya, awak adalah orang yang paling berharga dalam dunia ini.
Bukti: Cerita Sosial 5 (Jiran)
"Kenapa
dengan abang, ibu?" ujar adik perempuan Alim sambil menangis.
"Abang
tidak sihat, adik," jawab ibu sambil memujuk adik perempuan Alim.
Abang dan kakak
sedih melihat Alim dan adik perempuan mereka. Mereka juga menangis.
Mereka semua
berdoa supaya Alim cepat sembuh.
Selang beberapa
minggu, Alim pun sihat. Semua ahli keluarga gembira. Alim sudah mula membaca
buku cerita bersama abang, kakak dan adik perempuan.
8. Teks asal: When I look at you, I
will smile. My love will always be with you.
Teks
terjemahan: Apabila saya melihat awak, saya akan tersenyum. Kasih sayang saya
akan
sentiasa ada dengan
awak.
Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga
saya)
“Kami sayang
dan rindu Alim,” kata ahli keluarga yang lain serentak. Mereka semua ketawa.
Alim tersenyum.
Alim tahu bahawa keluarga adalah penting. Alim tahu keluarga akan sentiasa
menolong antara satu sama lain.
9. Teks asal: Kindness will speak
the truth.
Teks
terjemahan: Kebaikan akan bercakap benar.
Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang
Istimewa)
“Samaa-sama Mak
Cik. Ibu kata, berkongsi itu perbuatan yang baik. Pak Cik Yakub pun baik. Kita
semua mesti baik dengan jiran,” jawab Alim sambil mengangukkan kepala.
“Ya, betul tu
Alim. Alim anak yang baik,” sebut Mak Cik Timah dengan wajah yang sedih.
“Kenapa Mak Cik
Timah sedih?,” tanya Alim.
“Mak Cik Timah
tak sedih. Mak Cik Timah gembira kerana Alim baik dengan Sulaiman,” kata Mak
Cik Timah sambil memandang kearah Sulaiman yang membasuh basikal kecilnya.
10. Teks asal: Be a better person
today and you will find happiness.
Teks terjemahan: Jadilah orang
yang lebih baik baik harini dan anda akan mengecapi
kegembiraan.
Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga
Saya)
Setiap
hari,adik beradik Alim akan menolong membuat kerja rumah. Alim juga menolong
ibu bapanya setiap hari. Alim akan mengutip mainan yang bertaburan di atas
lantai. Aisyah selalu lupa untuk mengemas permainan setelah bermain. Alim pula
akan sentiasa menyimpan semula permainan setelah bermain.Ibu dan bapa akan
berterima kasih kepada Alim.
“Alim anak yang
rajin dan baik,” sebut ibu sambil memegang bahu Alim.
“Alim suka
tolong adik,” kata bapa sambil tersenyum.
“Terima kasih ibu. Terima kasih bapa,” jawab Alim.
Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Quotes For
You...For Us...Terengganu: Penerbit UMT
No comments:
Post a Comment