NUR SYAFIQAH ATIKAH BINTI MOHD ISHAK 195920
Alim seorang kana-kanak yang dilahirkan dan
dibesarkan di luar negara, iaitu di United Kingdom. Kemudian dalam umur 6
tahun, dia berpindah ke Malaysia bersama keluarganya. Alim ada masalah dalam
pertuturan bahasa Melayu dan tidak boleh membaca dalam bahasa Melayu. Di
sekolah, dia terpaksa mengikuti kelas pemulihan bagi membantunya membaca dan
menulis dengan baik dalam bahasa Melayu. Kini umurnya sudah 21 tahun dan
menjadi seorang mahasiswa di Universiti Teknologi Mara. Alim mengambil jurusan
komunikasi walaupun hasratnya ingin menjadi seorang psikatari. Ibunya tidak
bersetuju untuk Alim menjadi seorang psikatari kerana Alim tidak mempunyai
kemahiran yang baik dalam mendengar. Pada suatu hari, ibu Alim perlu mengepos
surat ke Singapura. Alim membantu ibunya untuk mengepos surat tersebut walaupun
itu merupakan kali pertama dia mengepos surat. Alim berjaya membeli setem
bernilai RM20 untuk mengepos surat tersebut namun dia masih tidak tahu cara
yang betul untuk menampal setem tersebut. Alim menghantar pesanan kepada ibunya
dan mengatakan masalah yang dihadapinya. Ibunya mengajar cara yang betul untuk
menampal setem dan akhirnya Alim berjaya.
Bukti kehadiran minggu 4
No comments:
Post a Comment