Wednesday 16 December 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU6 PROF DI UK

NUR SYAFIQAH ATIKAH BINTI MOHD ISHAK 195920

Sebagai pelajar yang belajar di luar negara, sudah semestinya akan mencari rumah yang berdekatan dengan kawasan kedai-kedai Pakistan kerana memudahkan untuk mencari makanan yang halal. Setibanya di London, sudah ada persatuan pelajar di sana yang bersedia untuk menjemput pelajar Malaysia yang baru sampai untuk di bawa ke kawasan tempat tinggal iaitu di Nottingham kira-kira 4 jam perjalanan dari London. Di kawasan tempat tinggal tersebut sememangnya banyak kedai-kedai makan yang halal, terdapat masjid yang berdekatan memudahkan untuk solat dan juga rakyat Malaysia juga ramai tinggal di situ. Namun, di sana ada sesuatu yang boleh dipelajari iaitu tidak semua orang Malaysia akan bertegur sesama sendiri ketika berjumpa seperti di pasar raya atau lift. Ada segelintir yang akan cuba mengelak. Tidak semua akan berbangga jika berjumpa sesama Malaysia. Di situ dapat dipelajari sekiranya berjumpa dengan orang Malaysia di luar negara, cukuplah sekadar senyum dan tidak perlu bertegur, mengenalkan diri dan sebagainya. Ini sudah menjadi lumrah dan hal yang biasa menjadi rakyat asing di luar negara. Ada satu ketika, berjumpa dengan artis dari Malaysia di London, kemudian artis tersebut ditegur dan beliau kelihatan terkejut ditegur orang Malaysia tetapi rekasi itu bukanlah sombong tetapi lumrah. Jadi berdasarkan pengalaman ini, perlulah diketahui sekiranya tinggal di luar negara, cukup sekadar senyum dan tidak berlebihan kerana terdapat segelintir rakyat di sana tidak gemar dengan orang luar terutamanya Islam. 


Bukti Kehadiran Minggu 6 

No comments:

Post a Comment