Thursday 20 February 2020

Keluargaku, Kebahagiaanku

Setiap orang di dunia ini tidak ada yang dilahirkan tanpa keluarga. Keluarga adalah insan yang paling penting dalam hidup seseorang itu. Tanpa keluarga, tiadalah kita di dunia. Alhamdulillah begitu juga dengan diri saya dikurniakan sebuah kelurga yang kecil tetapi bahagia. Mohd Ishak bin Hasim, lelaki pertama yang hadir dalam hidup saya. Tubuhnya kecil, perwatakannya agak dingin dan tegas tetapi penuh dengan kasih sayang. Tahun ini umurnya 48 tahun. Maih kuat bekerja demi menyara keluarga kecil kami. Ibu pula, orangnya seorang yang riang, cantik dan sentiasa open minded jadi sudah semestinya semua masalah akan saya ceritakan padanya. Ibu pula umurnya lebih tua setahun daripada ayah. Ibu juga masih bekerja sebagai tukang masak di sebuah tadika kemas di kawasan perumahan kami. Adik-beradik saya hanya ada dua orang. Saya dan seorang lagi adik perempuan saya. Adik saya bernama Nurhani Errysha, seorang pelajar sekolah menengah dan kini berumur 17 tahun iaitu bakal calon SPM tahun ini. Perwatakannya mirip seperti ayah, garang bukan main lagi tetapi segarang mana pun tetap ada kelembutannya sebagai seorang perempuan. 
Itulah keluargaku. Keluarga kecil tapi cukup kehadirannya membahagiakan saya. Terima kasih Ya Allah atas rezeki yang diberikan ini. Semoga keluarga dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala rezeki. Dan semoga Allah jaga dan pelihara keluargaku dalam kebahagiaan dan kesejahteraan. 


Gambar semasa raya tahun 2019


Gambar semasa mereka menghantar saya balik ke kolej

No comments:

Post a Comment