Thursday 27 February 2020

MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA' : BUKU KAJIAN WACANA

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita 
Kanak-kanak


Saya berasa puas hati
Menolog ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan sedara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

RUJUKAN :
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT





Cerita saya berdasarkan model penceritaan di atas :

Saya merupakan anak ketiga daripada 5 orang adik-beradik. Ibu dan bapa saya merupakan seorang peniaga di pasar. Mereka menjual sayur-sayuran dan ikan yang segar-segar di pasar. Jadi setiap hari mereka akan mula ke pasar seawal jam 4 pagi dan kami adik-beradik pula akan menguruskan diri masing-masing untuk ke sekolah. Abang dan kakak merupakan pelajar sekolah menengah jadi ibu menyerahkan tanggungjawab untuk menguruskan kami adik-beradik kepada mereka. Saya akan membantu kakak untuk menyiapkan sarapan dan mengejut adik-adik lain untuk bersiap ke sekolah. Usai semua siap dan bersarapan, abang akan mengantar saya dan adik-adik yang masih bersekolah rendah. Memandangkan abang seorang sahaja yang mempunyai lesen motosikal jadi abanglah orang bertanggungjawab untuk menghantar kami ke sekolah. Selepas menghantar kami barulah abang dan kakak ke sekolah pula. Kami pulang ke sekolah dengan bantuan pakcik sedara kami yang rumahnya tidak jauh dari rumah kami. Jadi sementara itu, pakciklah yang menjaga kami sehingga bapa boleh menjemput kami pulang ke rumah. Walaupun ibu dan ayah sibuk bekerja di pasar mencari rezeki untuk kami sekeluarga, mereka tidak pernah mengabaikan kami. Mereka selalu menasihatkan kami supaya menjaga setiap tutur kata apabil berbicara, menjaga tingkah laku, menghormati orang lain dan sentiasa mengambil berat sesama sendiri terutama dalam keluarga. Pesan ibu, peribadi seseorang anak itu melambangkan bagaimana mereka dididik oleh ibu dan bapa mereka. Oleh sebab hal yang demikian, saya sentiasa memegang pesanan mereka supaya dapat menjaga air muka ibu bapa saya.  Saya sangat bersyukur walaupun dilahirkan dalam keluarga yang sederhana tetapi kami sekeluarga dapat menjalani kehidupan yang gembira dan penuh kasih sayang. Saya bersyukur masih dikurniakan ibu bapa yang sangat baik dan adik-beradik yang sangat prihatin. Pada keluargalah tempat saya bergantung dan keluarga jugalah insan yang sentiasa ada dengan saya apabila saya dalam kesusahan.


No comments:

Post a Comment