Menulis cerita secara individu telah
memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang
individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif
apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk
menulis.
(Normaliza Abd Rahim, 2014)
Pelajar lebih suka penglibatan terus
dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting
untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham
dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
(Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)
Huraian yang saya faham berdasarkan
pengenalan yang dipetik di atas ialah:
Pada masa kini, proses pembelajaran
tidak lagi dapat dijalankan secara tradisional seperti dahulu dimana hanya guru
yang mengajar di dalam kelas dan pelajar membuat nota. Namun kini, proses
pengajaran dan pembelajaran perlu dijalankan dengan cara yang lebih menarik
iaitu lebih banyak menggunakan teknologi terkini yang lebih menarik minat
pelajar. Bagi sesetengah pelajar, agak sukar untuk mereka menulis secara
individu kerana mereka ini tidak mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menulis
lebih-lebih lagi apabila orang membaca hasil penulisan mereka. Bagi
pelajar-pelajar seperti ini, mereka agak keberatan untuk menulis secara bebas
dan lebih bersikap negatif. Selain itu, bagi pelajar mereka
lebih gemar terlibat dalam proses pembelajaran bahasa secara terus kerana fokus
dapat diberikan dengan lebih banyak berbanding proses pembelajaran satu hala
sahaja. Proses pembelajaran satu hala sahaja boleh menyebabkan pelajar lebih
cepat bosan. Di samping itu, pembelajaran secara langsung ini dapat
mengurangkan masalah pelajar yang tidak faham. Dengan cara seperti ini dilihat
lebih efekif kerana sekiranya terdapat sebarang masalah ketika belajar, pelajar
boleh bertanya secara terus dan mengesan masalah pembelajaran lebih awal.
Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd
Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu : Penerbit Universiti
Malaysia Terengganu.
No comments:
Post a Comment