Thursday 30 April 2020

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM,2019) 2



Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa 



Nilai yang saya peroleh daripada cerita sosial 2 ini ialah :

1. Prihatin 
Nilai prihatin ini dapat dilihat dalam diri bapa Alim yang mengetahui bahawa anak-anaknya sangat gemarkan buah-buahan tempatan. Oleh sebab itulah, bapa Alim membeli buah-buahan tersebt di pasar tani.

2. Pemurah
Sifat pemurah dalam diri Alim dapat dilihat apabila Alim hendak berkongsi buah-buahan yang dibeli bapanya itu dengan Sulaiman iaitu kawan dan juga jirannya. Bukan sahaja dalam diri Alim tetapi dalam diri keluarganya juga yang tidak berkira terhadap rezeki yang ada

3. Ringan Tulang
Alim dan adik beradiknya sangat rajin kerana mereka membersihkan sampah kulit buhan-buahan selepas mereka makan. Alim juga membantu adik beradiknya membuang sampah tersebut ke dalam tong sampah besar di luar rumah. 

Rujukan
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu : Penerbit Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment