Wednesday 29 April 2020

Strategi Kesopanan dan Rinkasan Saya yang Istimewa


NUR SYAFIQAH ATIKAH BINTI MOHD ISHAK  195920
 

STRATEGI KESOPANAN

Bold on-record                                                                Kesopanan Positif
Contoh:                                                                            Contoh:
Bersedia!                                                                         Kamu nampak sugul. Boleh saya tolong ?
Dengar sini…                                                                  Boleh saya pinjam seratus ringgit?
Berikan saya bakul besar itu.                                          Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan
Lampu itu berwarna hijau.
Jemput masuk.
Jemput makan.

Kesopanan Negatif                                                     Off-record
Mungkin dia yang mengambil kotak itu,                     Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.
mungkin!                                                                      Mahal betul harga kasut di sini.
Tolong berikan saya pinggan putih itu.                        Cantik baju kamu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata tidak
dibernarkan.

Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)


Rujukan
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu : Penerbit Universiti Malaysia Terengganu


RINGKASAN CERITA SOSIAL 2: SAYA YANG ISTIMEWA

Pada hari Ahad yang lalu, bapa Alim telah membeli buah-buahan di pasar tani. Bapa membeli buah-buahan tempatan seperti rambutan, durian, maggis, langsat, duku dan banyak lagi. Bapa Alim membeli buah-buahan tersebut kerana beliau tahu anak-anaknya sangat gemar akan buah-buahan tempatan. Setibanya di rumah, bapa menyuruh Abang Imran memanggil ibu, Madinah, Alim dan Aisyah untuk makan buah tersebut bersama-sama. Ibu telah menyediakab bakul sampah supaya kulit buah-buahan tersebut dibuang di dalam tong sampah dan tidak akan mengotorkan rumah. Tiba-tiba Alim memint izin ibunya untuk memberi sedikit buah-buahan tersebut kepada kawannya, Sulaiman. Alim ingin berbuat sedemikian kerana dia ingat pesan ibu dan bapa yang berkongsi barang atau makanan adalah satu perbuatan yang baik. Ibu bersetuju dengan permintaan Alim dan menyuruh Alim memberikan buah rambutan dan maggis kepada Sulaiman yang sedang menyiram pokok bunga.

Selepas memberikan buah tersebut kepada Sulaiman, Alim pulang ke rumah semula dan membantu abang Imran, kak Madinah, ibu dan bapa membuang sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar di luar rumah. Ketika itu, Alim terserempak dengan Mak Cik Timah yang sedang menyapu. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana berkongsi buah-buahan tersebut dengan Sulaiman. Mak Cik Timah sangat gembira kerana Alim berkawan dengan Sulaiman dan berdoa akan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga.

Rujukan
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu : Penerbit Universiti Malaysia Terengganu





No comments:

Post a Comment