JENIS-JENIS SHOT
Jadi ini adalah antara jenis-jenis shot yang terdapat di dalam buku Multimedia dalam Bahasa yang ditulis oleh Normaliza Abd Rahim
RULE OF THIRDS
KEPENTINGAN RULE OF THIRDS
Rule of thirds merupakan satu teknik
yang penting untuk semasa proses fotografi. Rule of thirds adalah dimana skrin
kamera atau paparan LCD akan dibuat tetapan dengan garisan di mana lebar
dibahagi kepada 3 kotak, tinggi dibahagi kepada 3 kotak sehingga menghasilkan 9
bahagian. Melalui grid tersebut, jurukamera dapat mengenal pasti empat bahagian
penting daripada imej untuk meletakkan titik ketika membingkai imej. Teknik ini
adalah kaedah yang digunakan untuk memastikan imej yang dihasilkan semasa
proses mengambil gambar adalah seimbang. Keseimbangan sangat penting bagi
sesebuah imej yang dihasilkan supaya gambar yang terhasil lebih cantik, tampak profesional
walaupun bukan seorang pakar jurukamera yang menghasilkannya. Selain itu,
teknik ini lebih memudahkan jurukamera supaya gambar lebih seimbang dan yang
paling dapat mempotretkan seluruh bahagian gambar dengan baik. Jurukamera perlu
meletakkan objek di bahagian tengah grid supaya situasi gambar tersebut dapat
disampaikan dengan baik kepada orang yang melihatnya. Oleh itu, sangat penting bagi
seorang jurukamera untuk menggunakan teknik ini supaya gambar dapat memberi
fokus kepada objek yang difokuskan tanpa mengabaikan objek-objek yang lain yang
mungkin dapat mencantikkan sesebuah gambar.
RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia
Dalam Bahasa. Selangor : Universiti Putra Malaysia
No comments:
Post a Comment