Saturday 9 January 2021

BBN3402SATU2020: MINGGU11 QUOTATION (4)

 

NUR SYAFIQAH ATIKAH BINTI MOHD ISHAK 195920 

1. Teks asal

I can see in your eyes that you are a kind person.

Teks terjemahan

Saya dapat melihat melalui mata anda yang anda seorang yang baik.

Bukti: Lirik Lagu (Keluarga)

Ibu bapa yang disayangi

Saya tetap berhati-hati

Menjaga budi pekerti

Keluarga saya yang dicintai

  

2.Teks asal

A friend is when she/he understands you no matter how difficult you try to explain the situation

Teks terjemahan

Seorang sahabat adalah apabila dia memahami anda tidak kira betapa sukarnya anda berusaha menjelaskan sesuatu situasi tersebut.

Bukti: Lirik Lagu (Diri)

Kawan-kawan semua

Inilah saya yang istimewa

Saya sentiasa berusaha

Menjadi insan yang berguna

 

3. Teks asal

A good friend is when she/he is not being judgemental towards you.

Teks terjemahan

Seorang sahabat yang baik adalah apabila dia tidak menghakimi anda.

Bukti: Lirik Lagu (Saya yang Istimewa)

Saya yang istimewa

Bersikap baik sesama manusia

Saya dilihat berlainan rupa

Semangat positif dikongsi bersama.

  

4. Teks asal

No matter how ready you are to face the world, the world will always try to make you feel challenge.

Teks terjemahan

Tidak kira betapa sedianya anda untuk berhadapan dengan dunia, dunia akan sentiasa membuat anda merasakan cabaran.

Bukti: Lirik Lagu (Saya yang Istimewa)

Saya dengan dunia

Belajar berdikari setiap masa

Hormati orang lebih dewasa

Satu perkara disanjungi bersama

  

5. Teks asal

I am willing to share what I have with others.

Teks terjemahan

Saya sanggup berkongsi apa yang saya miliki dengan orang lain.

Bukti: Lirik Lagu (Diri)

Saya belajar setiap masa

Sifat sabar diambil kira

Dugaan besar selalu ada

Dikongsi bersama keluarga

 

6.Teks asal

What I have today will not be mine if I am not honest. Be honest in everytime that you do.

Teks terjemahan

Apa yang saya miliki hari ini tidak akan menjadi milik saya sekiranya saya tidak jujur. Sentiasa bersifat jujur dalam setiap perkara yang anda lakukan.

Bukti: Lirik Lagu (Diri)

Baik hati nurani

Kuatkan jati diri

Mulia peribadi

Perasaan tenang tidak terperi

 

7. Teks asal

Be kind. Be honest. Work hard and do your best.

Teks terjemahan

Berbuat baik. Sentiasa jujur. Kerja keras dan buatlah yang terbaik.

 Bukti: Lirik Lagu (Diri)

Saya seorang yang baik hati

Jujur dan ikhlas di dalam diri

Saya belajar berdikari

Menolong orang setiap hari

  

8. Teks asal

I am full of emotions but my emotions will not give negative impacts towards others.

Teks terjemahan

Saya penuh dengan emosi tetapi emosi saya tidak akan memberi kesan negatif kepada orang lain.

Bukti: Lirik Lagu (Saya Tahu)

Hati saya siapa yang tahu

Saya sendiri jadi keliru

Ingin menangis seperti selalu

Air mata keluar menderu


9.Teks asal

Although I am emotionally challenged but I will try my best not to make you feel burden.

Teks terjemahan

Walaupun saya dicabar melalui emosi tetapi saya akan berusaha sedaya upaya untuk tidak membuat anda merasa beban.

Bukti: Lirik Lagu (Saya Tahu)

Saya cuba memahami

Diri saya sendiri

Mengapa jadi begini

Ayah dan ibu susah hati

  

10.Teks asal

My parents will be happy when I am a better person.

Teks terjemahan

Ibu bapa saya akan gembira apabila saya menjadi orang yang lebih baik.

Bukti: Lirik Lagu (Keluarga)

Saya berasa puas hati

Menolong ibu bapa setiap hari

Bermula di pagi hari

Sehingga malam nanti

 Rujukan: 

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Quotes For You...For Us...Terengganu: Penerbit UMT.


Bukti Kehadiran Minggu 11


No comments:

Post a Comment