Saturday 9 January 2021

BBN3402SATU2020: MINGGU 11 HURAIAN TESIS

 

NUR SYAFIQAH ATIKAH BINTI MOHD ISHAK 195920 

Masihkah Kau Ingat?

 

1. Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).

 

Ø Dalam membuat sebuah tesis, jangan menciplak idea orang lain tanpa kebenaran. Setiap ayat yang ditulis dalam kajian merupakan idea tulin pengkaji.

 

 

2. Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat

    penghantaran kepada penyelia atau jurnal.

 

Ø Sebelum menghantar, perlu semak semula tesis yang ditulis menggunakan Turnitin atau aplikasi lain di internet. Ini bertujuan untuk menyemak peratusan plagiat di dalam tesis.

 

3. Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.

 

Ø Dalam membuat kajian, pengkaji perlu merujuk rujukan utama bagi memastikan tidak ada idea lain yang bercanggah dengan idea asal sumber rujukan.

                                        

4. Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).

 

Ø Untuk menghasilkan sebuah tesis yang baik, pengkaji perlu membaca sekurang-kurangnya 50 artikel  supaya pengkaji memahami dengan betul mengenai kajian yang dilakukan.

 

 

5. Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan.

 

Ø Untuk menambah pengetahuan, pengkaji boleh menghadiri seminar atau persidangan sehingga benar-benar faham mengenai kajian yang dilakukan.

 

 

6. Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang.

 

Ø Pengkaji perlu merujuk penyelia jika terdapat sebarang masalah atau tidak faham mengenai tesis yang dilakukan. Elakkan berbincang dengan rakan kerana hal ini akan menimbulkan masalah lain dan salah faham.

 

7. Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2(30 halaman - bacelor dan Master, 50 halaman - PhD), Bab 3 (10 -12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman)

Ø Dalam menulis tesis, bab 1 perlu ditulis antara 10 hingga ke 12 halaman. Bab 2 perlu ditulis sebanyak 30 halaman manakala bagi PhD sebanyak 50 halaman. Bagi bab 3 pula, perlu ditulis sebanyak 12 halaman manakala bab 4 sebanyak 40 halaman bagi setiap objektif. Bab 5 iaitu kesimpulan ditulis sebanyak 8 hingga 12 halaman.

 

8. Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.

 

Ø Bagi peringkat bacelor, keseluruhan tesis perlu ditullis sebanyak 80 halaman, peringkat Master sebanyak 81 hingga 150 halaman manakala PhD pula sebanyak 151 hingga 240 halaman. Namun ini semua bergantung kepada fakulti dan universiti yang berlainan.

 

9. Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.

 

Sepanjang tempoh pengajian dan melakukan tesis, pastikan perancangan dibuat dengan baik agar semua berjalan lancar
Rujukan 

Normaliza Abd Rahim. (2019). Jom Tulis Tesis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 



Bukti Kehadiran Minggu 11



No comments:

Post a Comment