CERITA SOSIAL 4 : HATI
Baik Hati
Nilai baik hati ada pada Alim walaupun dia tidak tahu apa
maksud hari lahir itu, dia tetap ingin berkongsi kek cawan dengan rakan-rakan
yang lain. Alim tidak kedekut untuk berkongsi kek cawan dengan kawan-kawannya. Selain
itu, rakan-rakan Alim dan juga Cikgu Anis juga sangat baik kerana mengucapkan selamat
hari lahir kepada Alim untuk sama-sama meraikan hari lahir Alim.
Cikgu Anis seorang yang sangat bertanggungjawab kerana
mengajarkan Alim perkara-perkara yang berkaitan kemahiran dalam kehidupan. Cikgu
Anis mengajar Alim hal-hal berkaitan penjagaan diri, jiran, cara menaiki bas
dan membeli barang di kedai. Seterusnya, Alim juga seorang yang
bertanggungjawab kerana sebelum ke sekolah, dia boleh menguruskan dirinya
sendiri dengan memakai baju sekolah sendiri, memakai kasut sekolah dan dia juga
mengemas katil sebelum ke sekolah.
Berdisiplin
Alim juga sangat berdiplin kerana selepas makan dia terus
duduk di kerusi dan menunggu arahan daripada Cikgu Anis. Alim juga sangat patuh
arahan ibunya untuk membawa kek cawan tersebut ke sekolah untuk diberikan
kepada rakan-rakannya.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi
Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu : Penerbit Universiti Malaysia
Terengganu
No comments:
Post a Comment