Friday 6 March 2020

BBM3410Satu2020 : Asas Grafik

___________________________________________________________________________
 Menurut Normaliza Abd Rahim elemen asas grafik terbahagi kepada 5 bahagian iaitu :

                                                  ELEMEN ASAS GRAFIK 

                                                       → MUDAH 
                                                       →WARNA 
                                                       → TEKS
                                                       → KESESUAIAN
                                                       →KESEIMBANGAN    
___________________________________________________________________________ 
         
MUDAH
Mudah dalam elemen asas grafik bermaksud apabila seseorang melihat gambar itu dia mudah untuk faham apa yang dilihatnya. Gambar tersebut tidak seharusnya menimbulkan kekeliruan apabila orang melihatnya.

WARNA
Dalam grafik, sewajarnya memiliki tiga warna atau kurang. Namun begitu, dalam video dan foto kebiasaannya memiliki lebih daripada tiga warna tetapi ia bergantung kepada objektif yang ingin disampaikan oleh gambar tersebut.

TEKS
Teks di dalam sesebuah grafik perlu diambil kira dari segi saiz, warna dan jenis font. Kandungan atau perkara yang hendak ditulis di dalam grafik perlulah saling berhubung kait supaya gambar dan teks mempunyai kesinambungan. 

KESESUAIAN
Kesesuaian disini bermaksud kesesuaian latar tempat, masa dan watak dalam sesuatu grafik. Objek yang difokuskan serta latar perlulah bersesuaian supaya grafik lebih cantik dan menarik.

KESEIMBANGAN
Keseimbangan dalam grafik bermaksud ruang dalam foto atau video. Grafik yang diambil perlulah seimbang dari segala sudut supaya tidak berlaku pemberatan di sebelah bahagian sahaja. Ruang kiri, kanan, atas, bawah perlu diambil kira supaya grafik yang diambil seimbang. 




Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019) Multimedia Dalam Bahasa. Selangor : Penerbit Universiti Putra Malaysia

No comments:

Post a Comment