Wednesday 25 March 2020

BBM3410Satu2020 : PROF LIKE IG

Musim-musim cuti kuarantin ni  macam biasalah asyik melekat dengan phone je. Aku pun tak pasti dah berapa kilometer aku scroll instagram ni. Tapi scroll punya scroll tiba-tiba dapat notification yang prof like post Instagram aku. Pehhhhh excited gila aku nak screenshot tau sebab takut prof unlike balik hahahaha. Jadi setakat ni prof dah liked 4 gambar yang aku dah post di Instagram.




Saturday 21 March 2020

BBM3410Satu2020: Video Simpulan Bahasa

Video ini berdasarkan simpulan bahasa yang telah dipilih oleh kumpulan kami. Antaranya ialah alas perut, ikat perut, buah tangan, anak bapak, ulat buku, kaki ayam, cakar ayam, air tangan, ringan tulang dan air muka. Jadi gambar-gambar di dalam video ini adalah berdasarkan makna simpulan bahasa tersebut.


Ahli Kumpulan TechNinjas' Production:
195920 Nur Syafiqah Atikah binti Mohd Ishak
196003 Nur Faqin binti Yusof
196007 Nurul Atilia Izzaty binti Johar
196032 Muhamad Sahlan bin Butai
196352 Sae Fhean A/P Eh Pal
197414 Nurlina binti Atan
197504 Muhamad Isnorrizal bin Mohd Saidi (Ketua)
197583 Nor Syahirah binti Sarian
197944 Muhammad Nuur bin Mohamed Sharif
199325 Nur Aqilah binti Saifuddin

Kredit:
Lagu: Anta Permana
Artis: Dato' Sri Siti Nurhaliza
Penerbit Eksekutif: Universal Music Sdn Bhd &
Siti Nurhaliza Production (M) Sdn. Bhd.
https://youtu.be/JZzPldJo4eM


Anime Sound Effects
https://youtu.be/1yxN0FXE0ME

PRIDE FC opening theme music
https://youtu.be/FQl1JbuYrLk
YouTube
Dengarkan Lagu "Anta Permana" di platform muzik digital kegemaran anda! https://umm.lnk.to/AntaPermana Follow kami di : Instagram:https://www.instagram.com/u...

Monday 16 March 2020

BBM3410Satu2020 : JENIS-JENIS FLATLAY


Flatlay merupakan salah satu asas fotografi. Jadi tugasan bagi minggu 5 ini ialah mengambil 20 keping gambar flatlay. Sedia maklum, flatlay terbahagi kepada 4 jenis iaitu flatlay, half flatlay, quarter flatlay dan zero flatlay. Perlu diingatkan, latar bagi objek perlulah menggunakan warna yang cerah dan kosong supaya tidak mengganggu keseimbangan gambar. Selain itu, susunan objek juga memainkan peranan penting supaya mendapat hasil yang baik.


Oleh itu, kumpulan kami berjaya menghasilkan 20 keping gambar flatlay yang berlainan tema dan dimuatnaik ke dalam youtube. Di bawah ini merupakan pautan bagi video di youtube.


Ahli Kumpulan TechNinjas' Production:
195920 Nur Syafiqah Atikah binti Mohd Ishak 
196003 Nur Faqin binti Yusof 
196007 Nurul Atilia Izzaty binti Johar
196032 Muhamad Sahlan bin Butai
196352 Sae Fhean A/P Eh Pal 
197414 Nurlina binti Atan
197504 Muhamad Isnorrizal bin Mohd Saidi (Ketua)
197583 Nor Syahirah binti Sarian
197944 Muhammad Nuur bin Mohamed Sharif 
199325 Nur Aqilah binti Saifuddin 

Kredit:
7 Nasihat
Artis: Dato' Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta
Komposer: Kmy Kmo, Luca Sickta (Luncai Emas (M) Sdn Bhd)
Penerbit Eksekutif: Universal Music Sdn Bhd & 
Siti Nurhaliza Production (M) Sdn. Bhd.
https://youtu.be/5w_kRsNZ4cc

Anime Sound Effects
https://youtu.be/1yxN0FXE0ME

PRIDE FC opening theme music
https://youtu.be/FQl1JbuYrLk

Friday 13 March 2020

BBM3410Satu2020 : Video Asas Fotografi

Video pertama untuk kumpulan kami, TechNinjas' Production. Untuk video ini, kami shoot beberapa gambar antaranya over the shoulder, bird's  eye view, pendua, siluet, bayang dan kabur. Jadi di sini, saya pautkan link video tersebut daripada Youtube.


Friday 6 March 2020

BBM3410Satu2020 : Teori Analisis Wacana Kritis ( Vandijik,1977)

VanDijk (1977) membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis.



TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJIK,1977)

Struktur Makro
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati 
daripada topik/ tema suatu teks
__________________________________________________________________________
Superstruktur 
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan,
isi, penutup dan kesimpulan
___________________________________________________________________________
Struktur Mikro
Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati 
Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks
 ____________________________________________________________________________


Menurut Normaliza Abd Rahim (2019),dalam elemen yang pertama iaitu struktur makro adalah dianalisis dengan melihat makna global daripada teks yang diamati serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Elemen kedua pula ialah superstruktur  yang membincangkan tentang kerangka suatu teks iaitu bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpula. Elemen yang ketiga pula ialah struktur mikro yang memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yanag diamati. 

Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019) Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu : Penerbit Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020 : Kepentingan Asas Grafik

KEPENTINGAN ASAS GRAFIK 






BBM3410Satu2020 : Asas Grafik

___________________________________________________________________________
 Menurut Normaliza Abd Rahim elemen asas grafik terbahagi kepada 5 bahagian iaitu :

                                                  ELEMEN ASAS GRAFIK 

                                                       → MUDAH 
                                                       →WARNA 
                                                       → TEKS
                                                       → KESESUAIAN
                                                       →KESEIMBANGAN    
___________________________________________________________________________ 
         
MUDAH
Mudah dalam elemen asas grafik bermaksud apabila seseorang melihat gambar itu dia mudah untuk faham apa yang dilihatnya. Gambar tersebut tidak seharusnya menimbulkan kekeliruan apabila orang melihatnya.

WARNA
Dalam grafik, sewajarnya memiliki tiga warna atau kurang. Namun begitu, dalam video dan foto kebiasaannya memiliki lebih daripada tiga warna tetapi ia bergantung kepada objektif yang ingin disampaikan oleh gambar tersebut.

TEKS
Teks di dalam sesebuah grafik perlu diambil kira dari segi saiz, warna dan jenis font. Kandungan atau perkara yang hendak ditulis di dalam grafik perlulah saling berhubung kait supaya gambar dan teks mempunyai kesinambungan. 

KESESUAIAN
Kesesuaian disini bermaksud kesesuaian latar tempat, masa dan watak dalam sesuatu grafik. Objek yang difokuskan serta latar perlulah bersesuaian supaya grafik lebih cantik dan menarik.

KESEIMBANGAN
Keseimbangan dalam grafik bermaksud ruang dalam foto atau video. Grafik yang diambil perlulah seimbang dari segala sudut supaya tidak berlaku pemberatan di sebelah bahagian sahaja. Ruang kiri, kanan, atas, bawah perlu diambil kira supaya grafik yang diambil seimbang. 




Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019) Multimedia Dalam Bahasa. Selangor : Penerbit Universiti Putra Malaysia

Thursday 5 March 2020

BBM3410Satu2020 Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

Strategi Pengelakan atau Pengurangan
1. Pengabaian/ Peninggalan mesej
2. Pengelakan topik

Achievement or Compensatory Strategies Pencapaian atau Stategi Pampasan
3. Parafrasa (Circumlocution)
4. Penghampiran
5. Penggunaan perkataan semua tujuan
6. Cipta perkataan baharu (Word-coinage)
7. Penstrukturan semula/Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non linguistic means)
8. Terjemahan literal
9. Pengantarabangsaan
10. Pertukaran kod
11. Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/ Appeal for help Stalling

Stalling or Time-gaining Strategies Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu
12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/ Use of fillers/strategi penanda (hesitation devices)

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) terdapat beberapa kepentingan penggunaan strategi komunikasi ini iaitu boleh membuat penukaran mesej asal dengan mesej baharu. Seterusnya penggunaan perkataan semua yang betujuan penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat. Penstrukturan semula pula peninggalan mesej dengan mengubah struktur asal ayat. Terjemahan literal pula terjemahan sesuatu perkataan, frasa atau struktur bahasa. Seterusnya pengantarabangsaan merujuk kepada bahasa lain  dari bahasa ibunda dan diubah suai secaraa fonologi dan morfologi. 


MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM





Menurut statisik kedudukan media sosial pada 2016, Instagram mempuntai 500 juta pengguna dan menjadi kegemaran semua di seluruh dunia. Selain digunakan untuk bersosial, Instagram juga mempunyai banyak manfaatnya. Cerita pendek di Instagram  telah menarik minat banyak pihak dan pengguna. Cerita pendek di Instagram membantu pengguna dalam mempelajari cara merakam video dan menonton cerita pendek pengguna yang lain. Hal ini mendorong pengguna untuk berkongsi rutin harian serta pengetahuan mereka kepada umum. Melalui cerita pendek juga dapat membantu pengguna menguasai kemahiran baharu. Selain itu, pelajar sekolah juga bermotivasi dalam mempelajari kemahiran baharu dan kongsi pengetahuan mereka. Bagi pengajar pula, mereka menggunakan cerita pendek Instagram mencipta sukatan  pelajaran baru dengan menggunakan teknologi baharu . Hal ini dapat memberikan aura posotif bukan sahaja kepada pengguna tetapi kepada orang lain juga. Secara kesimpulannya, dapat dilihat sekiranya Instagram ini digunakan dengan baik dan cara yang betul pasti memperoleh manfaatnya kepada pengguna,.


Rujukan/Biblografi

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim(2019), Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG





Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan dan perbincangan kajian ini telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu berkaitan pengajian kesusteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia. 

Berdasarkan graf 6.1 iaitu mengenai perspektif responden mengenai blog berdasarkan pengajian kesusteraan, secara keseluruhan dapat dilihat responden wanita lebih gemar untuk untuk menulis puisi, cerpen, skrip drama dan pantun berbanding responden lelaki. Selain itu, responden-responden ini banyak menulis puisi cinta, sajak ibu bapa dan sebagainya di dalam blog. Bagi cerpen pendek pula. mereka gemar menulis mengenai cerita kanak-kanak. Dalam penulisan skrip pula, responden wanita lebih gemar menulis di dalam blog kerana mereka seolah-olah memperoleh keyakinan dengan menulis skrip. Dalam penulisan pantun pula, rensponden wanita mendapat peratusan yang tinggi kerana mereka mengetahui cara menulisa dengan betul dan selesa menulis pantun bagi meninggalkan pesanan. 

Dalam graf 6.2 iaitu penulisan blog yang dipilih sebagai alat dalam pembelajaran bahasa, setelah dianalisis didapati bahawa responden wanita mempunyai peratusan yang tinggi berbanding lelaki bagi ketiga-tiga bahagian iaitu penulisan surat, menulis untuk meluahkan perasaan dan menulis teka-teki. Responden wanita mendapat peratusan yang tinggi dalam penulisan surat kerana mereka gemar menulis kepada teman istimewa dan ibu bapa. Responden wanita juga bersetuju menggunakan blog untuk meluahkan perasaan kerana mereka rasa lebih teruja berbanding responden lelaki. Dalam menulis teka-teki pula, responden wanita sangat gemar menulis di dalam blog kerana responden mendapat banyak komen daripada pembaca dan dapat meningkatkan motivasi mereka.


Di dalam graf 6.3 pua iaitu mengenai penulisan blog di dalam proses pembelajaran teknologi. Graf ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu video, audio dan gambar. Bagi video dan audio, kesemua responden lelaki dan perempuan bersetuju untuk memasukkan video dan audio ke dalam blog. Responden juga memilih muzik video yang sesuai dengan cerita yang mereka tulis. Responden juga berminat dengan audio kerana kesemua blog mengandungi lagu kegemaran mereka. Cuma bagi gambar pula, responden wanita lebih gemar memuat naik berbanding lelaki.