Thursday 27 February 2020

MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA' : BUKU KAJIAN WACANA

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita 
Kanak-kanak


Saya berasa puas hati
Menolog ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan sedara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

RUJUKAN :
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT





Cerita saya berdasarkan model penceritaan di atas :

Saya merupakan anak ketiga daripada 5 orang adik-beradik. Ibu dan bapa saya merupakan seorang peniaga di pasar. Mereka menjual sayur-sayuran dan ikan yang segar-segar di pasar. Jadi setiap hari mereka akan mula ke pasar seawal jam 4 pagi dan kami adik-beradik pula akan menguruskan diri masing-masing untuk ke sekolah. Abang dan kakak merupakan pelajar sekolah menengah jadi ibu menyerahkan tanggungjawab untuk menguruskan kami adik-beradik kepada mereka. Saya akan membantu kakak untuk menyiapkan sarapan dan mengejut adik-adik lain untuk bersiap ke sekolah. Usai semua siap dan bersarapan, abang akan mengantar saya dan adik-adik yang masih bersekolah rendah. Memandangkan abang seorang sahaja yang mempunyai lesen motosikal jadi abanglah orang bertanggungjawab untuk menghantar kami ke sekolah. Selepas menghantar kami barulah abang dan kakak ke sekolah pula. Kami pulang ke sekolah dengan bantuan pakcik sedara kami yang rumahnya tidak jauh dari rumah kami. Jadi sementara itu, pakciklah yang menjaga kami sehingga bapa boleh menjemput kami pulang ke rumah. Walaupun ibu dan ayah sibuk bekerja di pasar mencari rezeki untuk kami sekeluarga, mereka tidak pernah mengabaikan kami. Mereka selalu menasihatkan kami supaya menjaga setiap tutur kata apabil berbicara, menjaga tingkah laku, menghormati orang lain dan sentiasa mengambil berat sesama sendiri terutama dalam keluarga. Pesan ibu, peribadi seseorang anak itu melambangkan bagaimana mereka dididik oleh ibu dan bapa mereka. Oleh sebab hal yang demikian, saya sentiasa memegang pesanan mereka supaya dapat menjaga air muka ibu bapa saya.  Saya sangat bersyukur walaupun dilahirkan dalam keluarga yang sederhana tetapi kami sekeluarga dapat menjalani kehidupan yang gembira dan penuh kasih sayang. Saya bersyukur masih dikurniakan ibu bapa yang sangat baik dan adik-beradik yang sangat prihatin. Pada keluargalah tempat saya bergantung dan keluarga jugalah insan yang sentiasa ada dengan saya apabila saya dalam kesusahan.


Monday 24 February 2020

BBM3410Satu2020 : Blanket Test 2

Dalam kuliah minggu ke 3, kumpulan kami iaitu kumpulan pertama (TechNinjas Production) berjaya menjawab 4 soalan dalam sesi blanket test. Soalan-soalan tersebut ialah :

1. Menerangkan elemen asas grafik iaitu mengenai teks
Jawapan : Teks merujuk pada jenis dan saiz font yang dipilih dalam persembahan grafik. Kandungan dalam teks diambil kira bagi tujuan pemahaman terhadap grafik. Warna dan saiz font memainkan peranan penting.

2. Asas fotografi mengikut gambar (gambar lelaki tua dengan latar belakang yang dikaburkan)
Jawapan : Potrait

3. Asas fotografi mengikut gambar (bayi)
Jawapan : Potrait

4. Asas fotografi mengikut gambar (perempuan)
Jawapan : Close up

BBM3410Satu2020 : Asas Fotografi


MUG SHOT 


Mug shot : Aqilah

Mug shot : Sahlan

Mug shot : Faqin

Mug shot : Nurlina

Mug shot : Rizal

Mug shot : Nuur

Mug shot : Syafiqah

Mug shot : Syahirah

Mug shot : Izzati

Mug shot : Fhen

LONG SHOT

Long shot : Pemandangan tanpa manusia

Long shot : Pemandangan beserta manusia

MEDIUM SHOT 

Medium shot 1

Medium shot 2

POTRAIT 

Potrait 1 : seluruh badan

Potrait : Bahagian muka

CLOSE UP 


Close up : sebentuk cincin

Close up : bahagian mata





Thursday 20 February 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2

Bapa tahu bahawa anak-anaknya sangat menggemarkan buah-buahan. Jadi, pada suatu hari Ahad, bapa pergi ke pasar tani untuk membeli buah-buahan tempatan seperti rambutan, durian, manggis, langsat, duku dan banyak lagi. Bapa membeli buah kerana ingin memberi kepada anak-anaknya Alim, Imran, Madinan dan Aisyah yang sangat menggemarkan buah-buahan tempatan, Tiba sahaja di rumah, bapa menyuruh Imran memanggil adik-adiknya iaitu Madinah, Alim dan Aisyah serta ibu juga untuk makan buah-buahan yang dibelinya bersama-sama. Aisyah meminta untuk makan buah manggis kesukaannya. Ibu juga telah menyediakan bakul sampah supaya tidak membuang sampah di merata-rata tempat kerana nanti rumah akan kotor dan bersepah jika sampah dibuang mera-rata. Tetapi Alim meminta untuk memberikan sedikit buah-buhan tersebut kepada Sulaiman iaitu kawannya. Ibu membenarkan Alim untuk berkongsi buah-buahan tersebut dengan Sulaiman. Alim berbuat sedemikian kerana ingat akan pesan ibu bapanya untuk berkongsi barang atau maknanan yang kita suka dengan orang lain. Mak Cik Timah berasa gembira kerana Alim berkawan dengan Sulaiman dan mendoakan supaya keluarga Alim diberkan kesihatan dan kesejahteraan. 



Keluargaku, Kebahagiaanku

Setiap orang di dunia ini tidak ada yang dilahirkan tanpa keluarga. Keluarga adalah insan yang paling penting dalam hidup seseorang itu. Tanpa keluarga, tiadalah kita di dunia. Alhamdulillah begitu juga dengan diri saya dikurniakan sebuah kelurga yang kecil tetapi bahagia. Mohd Ishak bin Hasim, lelaki pertama yang hadir dalam hidup saya. Tubuhnya kecil, perwatakannya agak dingin dan tegas tetapi penuh dengan kasih sayang. Tahun ini umurnya 48 tahun. Maih kuat bekerja demi menyara keluarga kecil kami. Ibu pula, orangnya seorang yang riang, cantik dan sentiasa open minded jadi sudah semestinya semua masalah akan saya ceritakan padanya. Ibu pula umurnya lebih tua setahun daripada ayah. Ibu juga masih bekerja sebagai tukang masak di sebuah tadika kemas di kawasan perumahan kami. Adik-beradik saya hanya ada dua orang. Saya dan seorang lagi adik perempuan saya. Adik saya bernama Nurhani Errysha, seorang pelajar sekolah menengah dan kini berumur 17 tahun iaitu bakal calon SPM tahun ini. Perwatakannya mirip seperti ayah, garang bukan main lagi tetapi segarang mana pun tetap ada kelembutannya sebagai seorang perempuan. 
Itulah keluargaku. Keluarga kecil tapi cukup kehadirannya membahagiakan saya. Terima kasih Ya Allah atas rezeki yang diberikan ini. Semoga keluarga dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala rezeki. Dan semoga Allah jaga dan pelihara keluargaku dalam kebahagiaan dan kesejahteraan. 


Gambar semasa raya tahun 2019


Gambar semasa mereka menghantar saya balik ke kolej

BBM3410Satu2020: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH


NUR SYAFIQAH ATIKAH BINTI MOHD ISHAK 
195920




Hari ini sesi pembelajaran adalah mengenai kelebihan media sosial dalam kelas bahasa. Sebenarnya banyak kelebihan media sosial ini sekiranya digunakan dengan betul. Dalam kelas bahasa khususnya, sesi pembelajaran dapat dijalankan dengan mudah kerana dapat mengakses maklumat dengan mudah dengan cepat. Sesi pembelajaran dapat dijalankan juga secara alam maya iaitu di luar bilik darjah. Dengan cara ini pembelajaran dapat dijalankan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Selain itu, pelajar juga dapat mengakses maklumat dengan lebih meluas dan tanpa sekatan mana-mana pihak. Walau bagaimanapun, semuanya terpulang pada diri seseorang itu untuk menggunakan media sosial dengan cara yang baik atau tidak baik. Jika digunakan dengan cara yang betul, bukan sahaja dapat memberikan manfaat kepada pelajar itu sendiri tetapi kepada orang lain juga. Apa yang penting, tepuk dada tanya minda.

Monday 17 February 2020

BBM3410Satu2020 : Asas Grafik

Tugasan pertama yang diberikan dalam kuliah adalah menghasilkan sebuah buku ringkas tentang elemen asas grafik dalam multimedia. Setiap ahli kumpulan perlu menghasilkan tugasan yang sama dan diberikan tugas masing-masing agar tugasan dapat dihantar pada waktu yang ditetapkan. Gambar di bawah adalah sepanjang proses aktiviti tersebut dilaksanakan. 


Proses memotong huruf daripada majalah untuk menulis nama ahli kumpulan dan no matrik

Proses menampal gambar pada mounting board


Proses menebuk lubang pada mounting board 


Proses menampal huruf untuk nama ahli kumpulan dan no matrik


Sedang menyiapkan proses penampalan huruf dan gambar


Muka hadapan buku ringkas elemen asas grafik dalam multimedia


Di bawah merupakan isi kandungan buku tersebut, terdapat 5 gambar yang dipilih yang dikira bersesuaian dengan elemen-elemen asas grafik.

Elemen : Mudah 
Kumpulan kami memilih gambar ini kerana gambar ini mudah difahami hanya dengan sekali melihat sahaja. Gambar ini mudah difahami sebagai gambar bunga yang berwarna ungu dan terdapat daun-daun yang berwarna hijau.

Elemen : Warna 
Gambar ini mempunyai kekuatan dari segi gabungan warna yang sangat menyerlah. Walaupun terdapat lebih daripada 3 warna dalam gambar tersebut namun warna kuning daan oren lebih menyerlah daripada warna-warna yang lain.

Elemen : Teks 
Jenis dan saiz font yang digunakan dalam gambar ini bersesuaian dan tidak terlalu menonjol sehingga boleh menutup gambar model. Font yang digunakan dikawal keseimbangannya dengan gambar model dan hiasan yang minimalis. 

Elemen : Kesesuaian
Gambar ini sangat bersesuaian dengan latar tempat dan latar watak. Gambar tersebut menunjukkan dua orang wanita sedang menyiang ikan seperti di kawasan jeti. Pakaian yang digunakan juga bersesuaian dengan keadaan tersebut.

Elemen : Keseimbangan 
Ruang yang terdapat pada grafik tersebut disusun dan diletakkan secara seimbang. Di sebelah kanan diletakkan teks dan ilustrasi dan sebelah kiri pula diletakkan gambar model bagi mengimbangi gambar tersebut di sebelah kiri dan kanan.




 
Gambar bersama ahli kumpulan 


BBM3410Satu2020:Blanket Test

Kumpulan kami iaitu daripada kumpulan 1 (Techninjas' Production) telah berjawa menjawab 4 soalan daripada sesi blanket test di dalam kelas pada minggu ke 2. Berikut adalah soalan yang berjaya kami jawab :


1) Berapakah bilangan muka surat yang terdapat di halaman yang berkaitan asas grafik dalam multimedia ?
Jawapan : 11 muka surat

2) Apakah kepentingan Rule of Thirds?
Jawapan : Bagi meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi

3) Berdasarkan gambar yang diberi (gambar pulau), apakah elemen asas grafik yang terdapat padanya? Terangkan.
Jawapan: Elemen berkenaan adalah elemen mudah. Ia kerana hanya berpandukan gambar tersebut sahaja seseorang dapat mengetahui ia adalah pemandangan sebuah pulau yang mana terdapat gunung-ganang di sekitarnya di samping lautan yang terbentang luas.

4) Berdasarkan gambar yang diberi (gambar di tasik mempunyai jeti), apakah elemen asas grafik yang boleh dilihat ? Terangkan.
Jawapan : Elemen berkenaan adalah elemen mudah. Hal ini kerana hanya berpandukan pada gambar, gambar tersebut dapat ditakrifkan sebagai sebuah pemandangan di sebuah tasik atau pulau. Gambar tersebut menunjukkan adanya bot dan jeti yang sesuai letaknya di kawasan tasik. 

Friday 14 February 2020

BBM3410Satu2020 : Cerita Sosial 1

Sinopsis Cerita Sosial 1 : Nenek dan Datuk


Pada suatu hari Alim pulang ke kampung bersama-sama keluarganya iaitu ibu bapanya dan 3 orang lagi adik beradiknya iaitu Abang Imran, Kak Madinah dan juga Aisyah. Alim masih memiliki kedua-dua datuk dan nenek iaitu sebelah ibu tinggal di Kajang dan sebelah bapa pula tinggal di Melaka. Tapi pada hari tersebut Alim dan keluarganya pulang ke kampungnya yang terletak di Kajang. Alim sangat gembira untuk pulang ke kampung kerana tak sabar untuk bermain dengan ayam dan itik milik nenek dan datuknya di kampung. Namun setibanya di kampung, Alim berasa sangat sedih kerana tidak jumpa ayam dan itik neneknya di reban yang terletak di tempat biasa. Dia menyangkakan ayam dan itik neneknya sudah mati. Namun sangkaannya salah belaka kerana ayam dan neneknya sebenarnya sudah dipindahkan ke reban baharu yang terletak kira-kira 50 meter dari reban lama. Apabila neneknya menunjukkan reban baharu barulah Alim berasa gembira semula sehingga tidak menghiraukan kehadiran datuknya yang berdiri di hadapan reban. Usai bermain dengan ayam dan itik, Alim masuk ke dalam rumah. Namun sekali lagi dia berasa sedih kerana melihat keadaan rumah nenek dan datuk yang berlainan daripada biasa. Dia menyangkakan bahwa rumah dan datuknya sudah tiada tetapi neneknya tetap memujuk Alim sambil bercerita tentang hal sebenar mengenai almari, katil, dan kerusi dapur. Ibu bapa serta datuk dan neneknya hairan melihat Alim yang menangis tanpa sebab tetapi mereka masih cuba untuk menolong Alim. Tetapi selepas semua kejadian berlaku, Alim kelihatan gembira ketika menonton cerita kartun yang tersiar di dalam televisyen yang ditontonnya bersama Imran, Kak Madinah dan Aisyah. Kini, Alim sudah tahu dimana terletaknya reban baharu ayam dan itik dan percaya susasana kampung yang berlainan membuatkan Alim sekeluarga lebih rapat. 


Thursday 13 February 2020

BBM3410Satu2020 : Penulisan Blog

10 Cara Penulisan Blog Yang Baik 


1. Tajuk yang menarik boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.


Jika dilihat kepada 10 cara penulisan  blog dia atas iaitu menurut Normaliza Abd Rahim (2014), langkah yang pertama beliau sangat mementingkan tajuk yang menarik. Tajuk merupakan komponen paling penting dalam penulisan sesebuah blog supaya pembaca akan tertarik pada tajuk dahulu sebelum isi kandungannya. Selain itu, cara pengolahan cerita yang menarik sememangnya akan memberi kesan kepada pembaca. Penulisan perlu memberikan hujah yang menarik dan tidak ketinggalan zaman. Penulis blog jugak boleh memasukkan unsur jenaka dimana ini salah satu cara yang sangat berkesan untuk menarik perhatian pembaca. Dalam menulis sesebuah cerita, penulis janganlah menggunakan bahasa yang canggih kerana lingkungan pembaca boleh terdiri daripada semua peringkat umur. Jadi, penulis boleh mengguanakan ayat yang ringkas, padat dan boleh difahami dengan cepat oleh pembaca. Semasa menulis, penulis boleh meletakkan diri seolah-olah sedang berkomunikasi dengan pembaca. Ibaratnya pembaca itu berada di hadapan mata mereka dan sedang berbual. Akhir sekali, untuk menjadi seorang penulis blog yang berkualiti dan menghasilkan blog yang baik, seorang penulis mesti sedikit sebanyak mempunyai ilmu dan tidak mengeluarkan fakta yang tidak sahih kerana hal ini boleh menyebabkan pembaca mendapat maklumat yang salah. Dan yang terakhir sekali, jangan lupa memasukkan moral dan nilai estetika supaya dapat memberi manfaat kepada masyarakat, bangsa dan negara.


Normaliza Abdul Rahim (2014). Learning Through Blog Writing Embracing the Technology. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh ! Media Sosial. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020 : Tentang Diri

Bismillah dan Assalamualaikum.
Bonjour !


Nama diberi Nur Syafiqah Atikah Binti Mohd Ishak dan alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini sehingga sekarag,  22 tahun. Saya berasal dari Negeri Sembilan dan dilahirkan di Kuala Pilah. Alhamdulillah kedua-dua ibu bapa saya masih sihat dan masih kuat bekerja. Saya mempunyai seorang adik perempuan sahaja, nama panggilannya Syasya. Selepas SPM, saya melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 dalam bidang kemanusiaan dan  kini saya melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Sastera Bahasa dan Lingusitik Melayu. Sekarang dah berada di tahun dua pengajian. InsyaAllah dalam satu tahun setengah lagi saya menamatkan pengajian.